Saturday, June 19, 2010

Pengalaman Sentiasa Memberi Nikmat

Salam...
Baru-baru ni sya ada membaca beberapa email dari seoarang kwn email group yang agak menarik untuk dikongsi bersama sebagai motivasi diri.
berikut adalah tulisan beliau-

" Kalau anda arif bistari, anda akan mengetahui bahawa kegagalan anda sama pentingnya dengan kejayaan-kejayaan anda "

Bukan hasil yang penting, tetapi langkah apa yang dilakukan untuk mencapainya. Nikmat akan hilang ditelan masa, tetapi pengalaman tidak pernah pencen daripada memberikan makna nikmat.

Usah jatuh dengan kegagalan. Ia satu nikmat yang perlu disyukuri. Tanpa kegagalan anda tidak tahu nikmatnya berjaya.

Kegagalan sentiasa membuka peluang untuk berjaya manakala kejayaan sentiasa terdedah untuk kembali gagal. Gagal atau berjaya bukanlah penting, yang lebih istimewa usaha untuk mengatasi kegagalan dan usaha untuk menikmati kejayaan.

Berani untuk gagal selalunya berakhir dengan berjaya. Takut untuk berjaya selalunya berakhir dengan gagal. Takut untuk berjaya dan gagal selalu berada di tengah-tengah – ke kiri tidak, ke kanan tidak; ke belakang tidak, ke depan pun tidak. Hidup bagaikan tunggul mati, tidak berguna pada alam, tidak berguna pada diri sendiri.

Setiap kita memiliki kudrat untuk berusaha dan berjaya. Apa yang ditanam itulah yang akan dituai. Jika menanam padi dan padi itu dijaga dengan sebaik-baiknya, tentu bukan lalang yang tumbuh. Berdoa sahaja tanpa menanam benih, itu sia-sia. TUHAN tidak mencampakkan sebutir padi di muncung burung tetapi burung terpaksa terbang mencari padi yang merupakan rezekinya.

Beruntunglah orang yang faham makna berjaya dan faham makna gagal. Apabila dia mengetahuinya dia boleh memilih salah satu. Untuk berjaya dia yang tentukan, untuk gagal dia juga yang menentukannya.

Untuk masuk ke dalam parit, itu pilihan kita; untuk mengelak daripada tercebur ke dalamnya, itupun pilihan kita. Kita berkuasa memilih mengikut kehendak dan kemahuan kita. Kalau mahu berjaya kita boleh rangka langkah-langkah ke situ, untuk tidak mahu berjaya, kita juga boleh merangka langkah-langkah ke situ.

Seorang penebang pokok bukan dilihat pada berapa batang pokok yang boleh ditebangnya dalam sehari, tetapi berapa batang pokok yang benar-benar tumbang hasil dari hayunan kapaknya. Kepintarannya pula tidak diukur pada jumlah yang tumbang, tetapi apakah tumbang pada arah yang betul. Kisah kebijaksanaannya pula bukan pada pokok yang tumbang tetapi pada sekerap mana dia mengasah kapaknya.

Anda bukan tidak rajin berusaha tetapi kadang-kadang anda culas dengan masa. Anda bukan tidak mahu berjaya tetapi tiada alat untuk memudahkan anda merealisasikan kejayaan itu. Anda bukan tidak tahu seksanya kalau gagal, tetapi anda selalu berkata "tak apa" kalau gagal. Berani gagal bukan proses menggagalkan diri tetapi persediaan membina kecemerlangan.

nina

Thursday, June 17, 2010

Bersalin Normal...

Salam buat sahabat semua...

Isteri ku InsyaAllah akan boleh bersalin normal menurut Pakar semalam..

Kalau ikutkan jadual, pada 16/6/2010 isteri akan dibedah bagi melahirkan anak yang kedua ini memandangkan kedudukan baby yg melintang.

Alhamdulillah berkat doa dari semua, baby telah pun pusing kembali dan kedudukannya InsyaAllah boleh memungkinkan untuk bersalin secara normal. Aku harapkan moga selepas ini kelahiran adik kepada Aqil ini, akan berjalan lancar dan isteriku juga dipermudahkan untuk bersalin.

InsyaAllah.. Mohon daripada Allah S.B.T moga semuanya selamat.

Amin.

Friday, June 11, 2010

Bermulalah World Cup 2010

Salam,
Bila sebut je pasal bola.. tak kira tua ke muda, even knak2 sekali pun memang minat. Tapi dlam sibuk kehangatan Piala Dunia ni terasa, mcm2 cerita yang kita dengar.. yang baik mahu pun buruk.

Yang baiknya... banyak pihak berpeluang menambah pendapatan. ada juga yang mengambil kesempatan. kita fikirkanlah... Baru- baru ni pun Astro melancarkan Beyond... untuk apa? semata2 untuk menyaksikan Piala Dunia dengan kualiti yang lebih baik.. Aduh, sepupu aku pn terpengaruh dn telah pun melanggannya. Mmg betul kata orang, kalau crita pasal bola ni.... takkan habis.

Lebih2 lebih lagi kaum Adam..

Bagi aku, mmg seronok, tapi kalau pasal bola nk berabis... lebih baik tak payahlah.
memandangkan bakal dapat baby baru... lebih baik berabis untuk dia dn abgnya Aqil...

Nama baby?..... kita tunggu baby boy or girl...hehehe.

Menanti orang Baru...

Salam,..
hari ini genap isteriku 9 bulan 10 hari. Kami bakal menimang cahaya mata yang ketiga sebenarnya. Memandangkan Amiroh pernah keguguran semasa kandungan mencecah 2 bulan.
Menurut Dr, amiroh perlu di bedah memandangkan kedudukan baby melintang.
Aku menerima keputusan ini dengan tenang... Janji kedua2nya selamat..
Pada 15hb June, Amiroh akan ke dewan bedah .

Pada kwn2, doakan isteriku dan anak yang bakal lahir ni selamat semuanya

Amin....

Salam sejahtera...

Lama sudah tidak menulis...
Blog ni pun created pasal salah satu assignt from my lecturer.

So, lepas ni bolehlah di aktifkan semula penulisan......

memandangkan World Cup pn dah bermula... mungkin ada kejutan dari team africa... Kita Tunggu dan Lihat...

Salam Sejahtera

Pertama sekali saya mohon maaf kepada kwn2 yang mungkin dah lama tengok blog saya masih tiada perkembangan baru.. Hari ni saya menulis semula hanya untuk suka2 memandangkan teknologi yang ada perlu diguna pakai untuk pengetahuan kita bersama.



semoga tahun ini... akan lebih sempurna lagi untuk diri saya, keluarga dan sahabat handai...



sekian.